BERITA SEMASA

Pemuda maut motosikal terbakar selepas langgar kereta di Kota Tinggi

KOTA TINGGI – Seorang pemuda maut dalam kemalangan membabitkan motosikal dengan sebuah kereta sebelum motosikal terbabit terbakar di Kilometer 46, Jalan Sungai Rengit–Kota Tinggi, pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Hafuzul Fiqrie Mohd Shaifulsham, 23, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 5.15 pagi.

“Siasatan awal mendapati motosikal Yamaha NVX ditunggang mangsa dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kereta Honda Jazz.

“Impak perlanggaran menyebabkan motosikal mangsa terbakar, manakala mangsa tercampak ke tepi jalan dan maut di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.

Tambahnya, pemandu Honda Jazz berusia 23 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun, jika sabit kesalahan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button