BERITA SEMASA

Lori terbalik di selekoh, wanita nyaris maut dihempap balak

BANGI – Sebuah lori membawa muatan balak yang terbalik di selekoh Jalan Bangi Lama berhampiran Ecohill Semenyih ke arah Nilai semalam hampir meragut nyawa beberapa pengguna jalan raya.

Dalam insiden kira-kira pukul 5.30 petang itu, sebuah lori yang dipercayai membawa muatan kayu balak melebihi had keupayaan hilang kawalan ketika melalui selekoh tajam lalu terbalik.

Menurut laporan Mynewshub, seorang wanita dikenali sebagai Ryana Mirza nyaris maut apabila kenderaannya dihempap kayu balak sehingga bumbung kereta dipandunya remuk dan cermin hadapan pecah.

“Mangsa mengalami gegaran otak serta luka di lengan akibat serpihan kaca dan menerima tujuh jahitan.

“Beliau dilaporkan mengalami gangguan tekanan akut susulan trauma daripada insiden berkenaan,” katanya.

Pemandu lori tersebut mengalami kecederaan ringan namun telah ditahan polis bagi siasatan lanjut kerana disyaki memandu secara berbahaya.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, operasi mengalihkan balak yang menimpa kenderaan mangsa mengambil masa hampir dua jam.

Siasatan awal mendapati syarikat lori terlibat mempunyai tiga rekod kesalahan berkaitan muatan berlebihan dalam tempoh dua tahun lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button