BERITA SEMASA

Dua maut motosikal bertembung dengan kereta

JOHOR BAHRU – Dua maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan sebuah motosikal di jalan Straits View, sebelum Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jambatan Bomba dan Penyelamat Johor, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 4.04 pagi.

Susulan itu, 13 anggota dari Balai Bomba Larkin bersama sebuah jentera yang diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Shaifulnizam Mohamad dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba pasukan mendapati sebuah motosikal jenis Yamaha Fz yang dipandu seorang lelaki dan dibonceng seorang wanita terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta Perodua Myvi.

“Motosikal berkenaan telah terbakar dan musnah 90 peratus. Penunggang serta pembonceng motosikal telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, pemandu kereta Perodua Myvi yang cedera dihantar ke HSA untuk mendapatkan rawatan.

“Operasi tamat jam 4.40 pagi dan polis masih menyiasat punca kemalangan,” ujarnya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button