Abbe Hae, 15 individu bermalam di lokap IPD Kota Bharu
KOTA BHARU – Aktivis masyarakat, Abbe Hae bersama 15 individu lain dipercayai ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, di sini selepas dipanggil memberi keterangan berhubung satu kes, semalam.
Menerusi hantaran di Facebook, Abbe berkata, beliau dipanggil ke IPD Kota Bharu selepas selesai meraikan tiga anak angkatnya dari Machang yang berjaya memperoleh MyKid.
Menurutnya, beliau tiba di IPD berkenaan pada pukul 3 petang sebelum memberikan keterangan berhubung laporan polis berkaitan tangkapan dua lelaki dalam kes samun yang didakwa bukan daripada kumpulan mereka.
Beliau berkata, selepas selesai memberi keterangan, beliau sepatutnya ke Jalan PCB untuk membantu seorang warga tua yang hidup dalam keadaan daif di sebuah pondok kecil.
Bagaimanapun, beliau bersama 15 individu lain terpaksa bermalam di lokap, termasuk beberapa individu yang dikenalinya seperti Datuk Mizan dari I Sejahtera Malaysia, Tengku Harith daripada Pengurusan Jenazah Pasir Puteh serta pengasas Pusat Pemulihan Akhlak dan Dadah Manzilu Rahmah, Ayahanda Paduka Abe Aziz.
Abbe turut meluahkan rasa terkilan apabila mendakwa mereka terpaksa menjalani proses mengambil cap jari dan gambar seperti prosedur terhadap orang yang ditahan.
Beliau bagaimanapun menegaskan kesediaannya menghadapi keadaan itu demi perjuangan membantu masyarakat dan anak bangsa.
Menerusi hantaran itu, Abbe Hae menafikan beliau dan kumpulannya tidak terlibat berhubung tangkapan dua lelaki berkait kes samun.
Sebaliknya beliau secara sinis menyindir tiga peniaga wanita yang menggajikan warga asing sehingga beliau dan kumpulannya ditahan di IPD Kota Bharu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








