Suspek kelapan kes tikam jurujual wanita ditahan
KUALA LUMPUR – Seorang lagi suspek ditahan berhubung kes seorang juruwang wanita yang maut ditikam di sebuah pusat beli-belah di Cheras pada 29 November lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rosli Mohd Isa dalam satu kenyataan berkata, suspek seorang wanita warga China berusia 34 tahun ditahan di hadapan sebuah kedai serbaneka di KL Sentral pada pukul 4.30 petang semalam.
Katanya, suspek ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Khas (D9) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.
“Setakat ini seramai tujuh suspek termasuk dua lelaki warga China, empat warga Myanmar dan seorang lelaki tempatan ditahan.
“Bagaimanapun, motif kejadian belum dikenal pasti,” katanya.
Dalam kejadian pada Jumaat lalu, seorang juruwang berusia 49 tahun maut selepas terkena beberapa tikaman pada bahagian dada kiri.
Bedah siasat mendapati mangsa maut akibat kecederaan pada paru-paru.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







