Dua rentung selepas Ferrari terbabas
KOTA TINGGI – Dua warga Singapura maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum terbakar dalam kemalangan di Kilometer 57.5, Jalan Johor Bahru-Mersing, pagi tadi.
Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai pemandu, Yeo Tian Wen, 34, dan penumpang wanita dipercayai teman wanitanya, Ng Puay Ying, 33.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Asistan Komisioner Yusof Othman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 9 pagi hasil laporan orang awam.
Menurutnya, kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Ferrari yang dipandu lelaki berkenaan bersama seorang wanita di tempat duduk penumpang hadapan.
“Kereta itu dipercayai terbabas sendiri sebelum terbakar, mengakibatkan kedua-dua mangsa cedera parah pada badan dan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi bagi tujuan bedah siasat.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








