BERITA SEMASADALAM NEGERI

Guru, anak lelaki maut MPV terbabas masuk gaung

ROMPIN – Seorang guru wanita dan anak lelakinya maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki keluarga berkenaan terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung di Kilometer 149.9 Jalan Kuantan-Seremban, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, mangsa, Kartinie Ngatenan, 46, dari Taman Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan dan anaknya, Muhammad Akif Mohd Azmi, 6, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, suami mangsa yang juga pemandu, Mohd Azmi Mohajir, 47, mengalami kecederaan di kepala.

Menurutnya, siasatan awal mendapati Toyota Estima dipandu juruteknik kilang itu bersama isteri dan anaknya dipercayai dalam perjalanan dari arah Seremban menuju ke Felda Keratong.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, kenderaan terbabit dipercayai terlanggar kayu di atas jalan menyebabkan ia hilang kawalan sebelum terbabas dan terjatuh ke dalam gaung di sebelah kanan jalan.

“Akibat kejadian, dua mangsa mengalami cedera parah di kepada dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya, lapor Sinar Harian.

Sharif Shai berkata, pemandu MPV yang turut mengalami kecederaan di bahagian kepala dihantar menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Muadzam Shah.

“Kes itu kini disiasat di mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button