BERITA SEMASA

Pegawai media Zahid Hamidi cedera, terlibat kemalangan selepas hadiri program agama

KUALA LUMPUR – Pegawai media kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi cedera selepas kereta dipandunya terbabit kemalangan jalan raya berhampiran Maran, Pahang, tengah malam tadi.

Bagaimanapun, mangsa dilaporkan selamat dan tidak mengalami kecederaan serius.

Menerusi hantaran di Facebook Ahmad Zahid berkata, mangsa dalam perjalanan pulang selepas menghadiri Himpunan Huffaz Negeri Pahang 2026.

“Di pagi Jumaat yang mulia ini, saya mendoakan agar semua urusan kita dipermudahkan, diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.

“Tengah malam tadi, pegawai media yang bersama saya telah terlibat dalam kemalangan jalan raya berhampiran Maran, ketika dalam perjalanan pulang selepas menghadiri Himpunan Huffaz Negeri Pahang 2026.

“Alhamdulillah, mereka semua selamat dan tidak mengalami kecederaan serius. Syukur ke hadrat Allah SWT atas perlindungan dan rahmat-Nya,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut menasihatkan kepada petugas supaya menjaga diri sebaiknya.

“Rehat secukupnya, pandu kenderaan dengan berhati-hati dan sentiasalah mengutamakan keselamatan walau sesibuk mana sekalipun.
“Semoga mereka yang terlibat segera pulih sepenuhnya dan semoga kita semua sentiasa dipelihara Allah SWT, walau di mana pun kita berada,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button