BERITA SEMASA

Jerebu: Status operasi sekolah diumum setiap hari sebelum 5.45 petang – KPM

KUALA LUMPUR – Status pengoperasian sekolah di seluruh negara ketika jerebu akan ditentukan berdasarkan pemantauan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) setiap hari oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan, Pengarah Pendidikan Negeri (PPN) diarahkan menubuhkan Jawatankuasa Petugas Pemantau Jerebu yang melibatkan JPN dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

“Jawatankuasa itu akan memantau bacaan IPU mengikut ketetapan masa setiap hari sebelum PPN memutuskan sama ada sekolah beroperasi seperti biasa atau melaksanakan kaedah Belajar Dari Rumah (BDR) menerusi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut KPM, bagi sekolah kumpulan A, pengumuman status operasi akan dibuat pada Sabtu, manakala sekolah kumpulan B pada Ahad, sebelum jam 2.45 petang.

“Langkah itu bagi membolehkan ibu bapa, penjaga dan murid membuat persediaan, termasuk urusan perjalanan pulang ke asrama atau sebaliknya.

“Bagi hari-hari lain, PPN akan memaklumkan status operasi sekolah sebelum jam 5.45 petang berdasarkan bacaan IPU yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS),” katanya lagi.

KPM turut mengambil perhatian terhadap kebimbangan ibu bapa dan penjaga mengenai kesihatan anak-anak yang bersekolah ketika keadaan jerebu masih berterusan di beberapa kawasan negara.

Sehubungan itu, ibu bapa dan penjaga diminta sentiasa mengikuti pengumuman rasmi PPN melalui saluran komunikasi JPN, PPD serta pihak sekolah masing-masing.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button