BERITA SEMASA

Tayang filem Anwar: The Untold Story bukan tajaan KPM

BANGI – Tayangan filem “Anwar: The Untold Story” melibatkan pelajar di sebuah sekolah di Putrajaya seperti yang tular beberapa hari lalu tidak ditaja oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Setiausaha Politik kepada Menteri Pendidikan, Atiqah Syairah Shaharuddin berkata, “Program Tayangan Eksklusif “Anwar: The Untold Story” Bersama Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek itu ditaja oleh orang ramai dan sebuah Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

“Ia merupakan inisiatif para penyumbang dan NGO dalam memastikan anak-anak di sekolah mendapat akses pendemokrasian dan pengenalan kepada figura pemimpin negara.

“Kisah ini adalah tentang turun naik, jatuh bangun perjuangan melawan korupsi,” katanya pada hantaran di Facebook.

Atiqah berkata, beliau sendiri merupakan salah seorang daripada penyumbang majlis tayangan amal filem untuk 50 pelajar tingkatan 6 SMK Putrajaya Presint 5 (1) pada minggu lepas.

Semalam, Ahli Parlimen Putrajaya, Radzi Jidin membuat satu hantaran di Facebooknya mengenai ‘surat jemputan’ yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur (JBPMKL) kepada ibu bapa pelajar.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button