Urusan cetakan MyKad terganggu sementara hingga 7 September – JPN
KUALA LUMPUR – Urusan cetakan MyKad di seluruh negara dijangka mengalami gangguan sementara sehingga 7 September ini susulan proses peralihan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) daripada struktur MyKad sedia ada kepada MyKad Generasi Baharu.
JPN menerusi kenyataan hari ini memaklumkan gangguan berkenaan bermula hari ini dan dijangka berterusan sehingga 7 September.
Sehubungan itu, JPN menasihatkan orang ramai yang tidak mempunyai keperluan mendesak untuk membuat penukaran atau gantian MyKad supaya menangguhkan sementara urusan berkenaan sepanjang tempoh tersebut.
“Bagi permohonan MyKad kali pertama untuk kanak-kanak berusia 12 tahun, ibu bapa atau penjaga juga digalakkan untuk menunggu seketika bagi membolehkan anak menerima MyKad Generasi Baharu apabila pengeluarannya bermula dalam masa terdekat,” menurut kenyataan itu.
Pada masa sama, JPN menghargai kesabaran dan kerjasama orang ramai sepanjang proses peralihan struktur kad pengenalan berkenaan serta memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul.
Perkembangan selanjutnya mengenai MyKad Generasi Baharu boleh didapati menerusi saluran rasmi JPN dari semasa ke semasa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








