Program SARA: MyKad mekanisme terbaik pastikan tiada penyelewangan, ketirisan
LAHAD DATU – Penggunaan MyKad dalam program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah mekanisme terbaik bagi memastikan tiada penyelewengan atau ketirisan dalam pembelian barangan asas.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kejayaan pendekatan itu terbukti melalui peningkatan konsisten dalam transaksi Penghargaan SARA sebanyak RM100 dari semasa ke semasa, lapor BERNAMA.
“Hari ini, Kementerian Kewangan memaklumkan sistem stabil, manakala jumlah yang diproses setiap hari semakin meningkat.
“Ini merupakan petunjuk positif bahawa penggunaan MyKad, khususnya dalam program SARA, adalah cara terbaik untuk memastikan tiada penyelewengan atau ketirisan dalam pembelian barangan asas,” katanya.
Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan berkata demikian kepada pemberita pada program Sembang Santai Komuniti MADANI di Kampung Cocos, di sini hari ini.
Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pengarah Penerangan, Julina Johan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








