POLITIK

PRN Melaka: BERSATU dijangka letak calon di 8 kerusi

CYBERJAYA – Parti Pertubuhan Bersatu Malaysia (BERSATU) dijangka meletakkan calon di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka nanti.

Laporan FMT yang memetik sumber berkata, lapan kerusi tersebut adalah Kelebang, Lendu, Gadek, Sungai Udang, Pantai Kundor, Pengkalan Batu, Ayer Keroh dan Bemban.

Menurut sumber itu lagi, Ketua BERSATU Melaka, Datuk Mohamad Ali Mohamad dijangka diletakkan sebagai calon di Kelebang susulan desakan akar umbi.

“Setakat ini, BERSATU dijangka bertanding di lapan DUN.

“Kerusi Kelebang dijangka ditandingi Mohamad Ali berikutan desakan akar umbi memandangkan beliau anak tempatan di sana,” kata sumber dalam laporan tersebut, hari ini.

Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan calon parti itu bagi PRN Melaka, esok.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button