BERITA SEMASA

SPRM tubuh pasukan khas teliti semula dakwaan rasuah RM350,000 libat pegawai kanannya

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan pasukan khas bagi meneliti semula dakwaan rasuah berjumlah RM350,000 yang dikaitkan dengan seorang pegawai kanan suruhanjaya itu.

SPRM memaklumkan, dakwaan berkenaan pernah disiasat pada 2018, namun kes itu ditutup selepas tiada kesalahan berjaya dibuktikan.

Bagaimanapun, susulan gesaan dan penularan semula dakwaan itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman mengarahkan supaya pasukan khas berkenaan ditubuhkan dengan kadar segera.

Menurut SPRM, langkah itu diambil bagi memastikan integriti suruhanjaya berkenaan terus terpelihara, selain mengekalkan keyakinan masyarakat terhadap institusi terbabit.

“SPRM tidak akan berkompromi dalam menangani sebarang isu yang boleh menjejaskan kredibilitinya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai diminta tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum dipastikan kesahihannya.

SPRM turut berkara, penelitian semula itu bagi memastikan dakwaan berkenaan diberikan perhatian sewajarnya susulan gesaan serta penularannya semula.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button