Ismail Sabri mengaku tidak bersalah gagal isytihar aset kepada SPRM
KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengaku tidak bersalah di Mahkamah Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan gagal mengisytiharkan aset kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ismail Sabri hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009.
Antara aset yang didakwa gagal diisytiharkan termasuk wang tunai dalam pelbagai mata wang dengan nilai keseluruhan puluhan juta ringgit, selain jongkong emas dan syiling emas.
Pertuduhan turut menyenaraikan wang tunai dalam Ringgit Malaysia sebanyak RM14.77 juta, Dolar Singapura SG$6.13 juta, Dolar Amerika AS$1.46 juta, Franc Switzerland CHF3 juta, Euro €12.16 juta, Yen Jepun ¥363 juta, Pound Sterling GBP50,250, Dolar New Zealand NZD44,600, Dirham Emiriah Arab Bersatu AED34.75 juta dan Dolar Australia AUD352,850.
Selain wang tunai, pertuduhan turut melibatkan lima jongkong emas Suisse Fine Gold seberat satu kilogram setiap satu, sebuah syiling emas 999 Fine Gold seberat lima gram serta satu jongkong perak Suisse Fine Silver seberat 100 gram.
Jika sabit kesalahan, Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda maksimum RM100,000.
Ismail Sabri menjadi bekas Perdana Menteri ketiga yang didakwa di mahkamah.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








