Jerebu: Sekolah di empat PPD Selangor ditutup esok
SHAH ALAM – Semua sekolah di bawah pentadbiran empat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Selangor ditutup sepenuhnya esok susulan perkembangan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU).
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor dalam kenyataan hari ini berkata, penutupan pada Selasa itu membabitkan semua sekolah di bawah PPD Hulu Langat, Petaling Perdana, Kuala Langat dan Sepang.
“Bagaimanapun, semua sekolah di daerah lain di Selangor akan beroperasi seperti biasa,” katanya hari ini.
JPN Selangor turut meminta pihak sekolah yang terlibat memaklumkan perkara itu kepada ibu bapa atau penjaga serta mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid sentiasa diutamakan.
“Warga pendidikan dan ibu bapa turut dinasihatkan supaya sentiasa mengikuti maklumat rasmi daripada pihak berkuasa berhubung perkembangan kualiti udara dan arahan operasi sekolah.
“Maklumat lanjut mengenai operasi serta pembukaan semula sekolah akan dimaklumkan melalui saluran rasmi Kementerian Pendidikan (KPM) dan JPN Selangor,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








