Janin dipercayai berusia 24 minggu ditemukan di tempat pembuangan sampah
KUALA LUMPUR – Janin dipercayai berusia kira-kira 24 minggu ditemukan di kawasan pembuangan sampah di Jalan OS 1/4, One Selayang, Batu Caves, semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan itu kira-kira pukul 7.20 malam.
“Satu kertas siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan telah dibuka kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang secara sulit mayat kanak-kanak, sama ada meninggal dunia sebelum, semasa atau selepas dilahirkan.
“Jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian atau individu yang dipercayai terlibat diminta tampil membantu siasatan.
Maklumat boleh disalurkan kepada Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menerusi talian 03-6126 2222.
Orang ramai juga boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor S. Prakash, di talian 012-294 0827 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran untuk menyalurkan maklumat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |
