BERITA SEMASA

Semua sekolah di ibu negara beroperasi seperti biasa esok

KUALA LUMPUR – Semua sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) akan dibuka semula dan beroperasi seperti biasa esok.

Menurut Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL), keputusan itu dibuat setelah mendapati bacaan akhir Indeks Pencemar Udara (IPU) mencatatkan paras bawah 150 di kedua-dua stesen pemantauan kualiti udara di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur setakat pukul 5.00 petang tadi.

Sehubungan itu pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PDPR) serta arahan Berkerja dari Rumah (BDR) bagi kawasan yang terlibat sebelum ini ditamatkan.

“Pihak JPWPKL bersama-sama PPD dan pihak sekolah akan sentiasa memantau rapi pergerakan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) dari semasa ke semasa serta bersiap sedia mengambil tindakan susulan berpandukan kualiti udara semasa.

“Kami memohon agar ibu bapa dan penjaga terus peka terhadap perkembangan semasa serta mengambil langkah berjaga jaga demi memastikan kesihatan anak anak terpelihara,” katanya dalam kenyataan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button