BERITA SEMASA

KPM beri kebenaran 71 sekolah di KL, Selangor laksana PdPR

KUALA LUMPUR – Sebanyak 71 buah sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor akan diberi kebenaran untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pada 26 hingga 28 Mei ini.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), langkah tersebut diambil susulan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46.

“Cadangan kebenaran pelaksanaan PdPR bagi sekolah-sekolah terlibat mengambil kira penutupan jalan dan kawalan keselamatan sepanjang penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46.

“Ia bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid di sekolah-sekolah yang terlibat tidak terjejas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca juga : Malaysia anjur tiga sidang kemuncak ASEAN

Sementara itu, KPM menasihatkan ibu bapa, penjaga, murid, guru dan warga sekolah yang terlibat agar merujuk saluran rasmi sekolah masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelaksanaan PdPR.

“KPM yakin pengalaman melaksanakan PdPR sewaktu pandemik dan semasa dalam situasi bencana dapat memastikan kelangsungan proses pembelajaran dan pada waktu sama aspek kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah terpelihara,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button