BERITA SEMASA

KPM umum cuti tambahan Aidilfitri, pelajar nikmati rehat lebih panjang

KUALA LUMPUR – Menjelang sambutan Aidilfitri yang dijangka diraikan pada 21 Mac ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Kalendar Akademik Sesi 2026 mengumumkan pemberian cuti tambahan selama satu hingga dua hari bergantung kepada kumpulan negeri.

Berdasarkan kalendar akademik tersebut, sekolah di negeri Kumpulan A iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu akan mula bercuti pada 19 Mac (Khamis).

Sementara itu, negeri Kumpulan B yang meliputi Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya menerima cuti tambahan selama dua hari iaitu pada 19 Mac (Khamis) dan 20 Mac (Jumaat).

Cuti berkenaan turut diselaraskan dengan Cuti Penggal 1 sekali gus memberi tempoh rehat lebih panjang kepada pelajar.

Bagi negeri Kumpulan A, cuti penggal ditetapkan selama sembilan hari bermula 20 Mac hingga 28 Mac.

Bagi Kumpulan B pula, tempoh cuti penggal berlangsung dari 21 Mac hingga 29 Mac.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button