BERITA SEMASA

Kanak-kanak 7 tahun cedera diserang anjing liar di taman permainan

ISKANDAR PUTERI – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ddilaporkan cedera parah selepas diserang sekumpulan lapan anjing liar di Lima Kedai, di sini hari ini.

Difahamkan, kejadian kira-kira pukul 3 petang itu berlaku ketika mangsa sedang bermain di taman permainan berhampiran flat perumahan murah di kawasan berkenaan.

Turut difahamkan, mangsa yang mengalami kecederaan pada bahagian mata, leher, kepala dan badan kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan.

Memetik laporan Kosmo Online, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad berkata, kejadian itu amat membimbangkan dan tindakan segera perlu diambil pihak berkuasa bagi menangani masalah anjing liar yang mengancam keselamatan penduduk.

Menurutnya, langkah berkesan perlu dilaksanakan bagi mengelakkan kejadian sama berulang, terutama membabitkan kanak-kanak yang menggunakan kemudahan awam di kawasan perumahan.

Difahamkan, kejadian itu bukan kali pertama di lokasi berkenaan apabila seorang remaja lelaki berusia 18 tahun turut berdepan situasi sama kira-kira pukul 6 pagi tadi.

Remaja terbabit dikatakan sedang membeli barangan di sebuah kedai runcit berhampiran sebelum berhadapan dengan kumpulan lapan anjing liar berkenaan.

Bagaimanapun, remaja itu berjaya menghalau haiwan berkenaan tanpa mengalami sebarang kecederaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button