Kanak-kanak cedera akibat dikelar kini stabil, boleh bercakap
BATU PAHAT – Kanak-kanak enam tahun yang cedera di leher akibat dikelar, baru-baru ini berada kini dalam keadaan stabil serta sudah boleh bercakap.
Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, mangsa kini masih diberikan rawatan rapi di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), di sini.
Katanya, pihaknya akan melengkapkan siasatan terlebih dahulu sebelum menyerahkannya kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.
Laporan media sebelum ini menyebut, seorang wanita bedepan detik cemas setelah mendapati anak lelakinya berlumuran darah dan terdapat kecederaan pada leher dipercayai dikelar dengan menggunakan senjata tajam dalam kejadian di Kampung Parit Nipah Laut, Parit Raja di sini.
Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 5.30 pagi ketika ibu kepada tiga anak berusia 40 tahun terbangun itu dari tidur sebelum mendapati anak bongsunya cedera sebelum memaklumkan kejadian kepada suaminya.
Mangsa yang juga anak bongsu daripada tiga adik-beradik dilaporkan bernasib baik kerana tiada sebarang saluran darah yang terputus dan kini dalam keadaan stabil serta dirawat di HSNI.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








One Comment