Pukul budak, Polis KL tahan 3 lelaki
KUALA LUMPUR – Tiga individu ditahan bagi membantu siasatan kes seorang budak lelaki berusia 12 tahun dipukul di kawasan medan selera berhampiran sebuah projek perumahan rakyat (PPR) di sini.
Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas suspek menuduh budak itu mencuri ‘power bank’ milik seorang rakannya.
“(Hasil) siasatan lanjut, polis berjaya menangkap tiga suspek lelaki berumur lingkungan 49 tahun hingga 61 tahun,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tambahnya, seorang ditahan di Kelantan semalam, manakala dua lagi ditahan di Kuala Lumpur, hari ini.
Polis memaklumkan kanak-kanak itu menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur akibat cedera di dahi dan mulut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan membuat ugutan jenayah kepada mangsa.
Video kejadian tersebut turut menjadi tular di media sosial.
Rakaman berkenaan menunjukkan tiga lelaki sedang menyoal mangsa yang sedang duduk di kaki lima.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






