JENAYAH & MAHKAMAH

Pemandu van didakwa langgar pelajar Tahun Dua direman 3 hari

BATU PAHAT – Pemandu van warga emas yang dipercayai menyebabkan kematian seorang murid tahun dua Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Maimon di Parit Sulong, di sini tengah hari semalam direman selama tiga hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, permohonan reman ke atas lelaki berusia 60 tahun itu dilakukan bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Perintah reman ke atas suspek dikeluarkan Majistret Nurasidah A Rahman bermula 6 hingga 8 Mei selepas dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat pukul 8 pagi tadi,” katanya, hari ini.

Suspek ditahan semalam susulan kemalangan maut yang meragut nyawa seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Maimon, Parit Sulong, di sini.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah hari ketika mangsa yang juga murid Tahun 2 sekolah berkenaan sedang berjalan kaki dilanggar di hadapan pintu pagar utama.

Akibat kejadian berkenaan, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta organ dalaman dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button