
Pemandu wanita pacuan 4 roda maut kemalangan di LPT
KUALA BERANG – Seorang pemandu sebuah pacuan 4 roda jenis Toyota Hilux maut setelah kenderaan itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan dan tebing bukit di KM 381.3, Lebuhraya Pantai Timur II, di simi.
Dalam kejadian jam 10.57 pagi terdapat 4 orang mangsa yang terlibat.
Menurut jurucakap bomba, susulan itu satu pasukan bomba daripada BBP Kuala Berang telah bergegas ke lokasi kejadian.
“Terdapat 4 orang mangsa yang terlibat, di mana seorang pemandu wanita disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian.
“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Dalam pada itu, 3 lagi mangsa iaitu seorang lelaki dewasa dan 2 wanita dewasa yang berjaya dikeluarkan daripada kenderaan oleh orang awam telah dihantar ke hospital dengan bantuan pihak KKM untuk menerima rawatan lanjut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








