Kes bunuh suami isteri: Tiada kesan pecah rumah, samun ditemukan
KUCHING – Siasatan awal kes suami isteri yang ditemukan meninggal dunia dalam rumah di Sri Aman, di sini awal pagi tadi tidak menemukan sebarang kesan pecah rumah.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, anak mangsa turut memaklumkan tiada sebarang barang berharga yang hilang dari rumah itu.
“Siasatan awal mendapati tidak ada kesan pecah rumah dan juga tidak ada barang-barang berharga yang hilang.
“Kejadian ini pula berlaku di awal pagi, yang mana ketika itu anak-anak mangsa pun berada di rumah dan hanya menyedari kejadian ini apabila mereka bangun daripada tidur,” katanya, hari ini.
Buat masa ini, katanya, pihak polis masih meneruskan siasatan dan sebarang kesimpulan hanya akan dibuat selepas bedah siasat ke atas edua-dua mangsa dijalankan di Hospital Umum Sarawak.
Terdahulu, sepasang suami isteri ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Mutiara, Jalan Brayun, Sri Aman dekat sini, hari ini.
Mangsa bertugas sebagai guru besar di sebuah sekolah di Lubok Antu, Sri Aman manakala isterinya seorang jururawat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








