JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki maut ditembak di luar restoran

BANTING – Polis mengesahkan seorang lelaki maut akibat ditembak dalam kejadian di sebuah restoran, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian itu melalui talian kecemasan MERS 999 kira-kira pukul 10.05 malam.

“Anggota polis segera dihantar ke lokasi dan mengesahkan insiden tersebut mengakibatkan kematian seorang lelaki.

“Mangsa dikenal pasti sebagai seorang lelaki berusia lewat 30-an,” katanya, hari ini.

Jasad mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat.

Difahamkan, siasatan awal menemukan dua butir kelongsong peluru di tempat kejadian.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Motif kejadian dan suspek yang terlibat masih dalam siasatan.

“Kami menggesa orang awam yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat berkaitan kes ini supaya tampil membantu siasatan,” tambahnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh membuat laporan di balai polis berhampiran atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-3187 2222.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button