Remaja dedah perbuatan jijik bapa sendiri ketika dapatkan rawatan di hospital
KUALA SELANGOR – Tindakan jijik seorang bapa memperkosa anak perempuannya terbongkar apabila mangsa yang berusia 17 tahun mendapatkan rawatan gastrik di Hospital Tanjong Karang, di sini.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin, pihaknya menerima laporan daripada pihak hospital mengenai mangsa pada pukul 5.07 petang semalam.
Azaharudin memberitahu, siasatan awal mendapati mangsa hadir ke hospital itu selepas mengadu sakit gastrik pada pukul 6 petang, kelmarin.
“Hasil temu bual awal, doktor mendapati remaja perempuan itu dirogol bapa kandungnya yang berusia 51 tahun.
“Polis berjaya memberkas suspek di kawasan Bestari Jaya pada pukul 11.15 malam tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, siasatan masih dijalankan sejak bila suspek yang juga seorang tukang urut melakukan perbuatan terkutuk tersebut.
“Suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 5 Ogos ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





