JENAYAH & MAHKAMAH

Ancaman bom palsu: Tiada ancaman jenayah hanya nota catatan supaya beg tidak diganggu

SEPANG – Kejadian ancaman bom palsu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di sini, baru-baru ini tidak melibatkan motif jenayah.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shari’at berkata, nota yang ditemukan hanya catatan suspek supaya begnya tidak diganggu rakan pengajian.

“Siasatan mendapati kejadian tidak melibatkan motif jenayah dan tindakan suspek menulis catatan tersebut adalah supaya begnya tidak diganggu oleh rakan pengajian.

“Suspek telah diberi jaminan polis hari ini (Khamis) dan kertas siasatan telah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara untuk kajian,” katanya, hari ini.

Sebelum itu, media melaporkan seorang individu warga tempatan mencetuskan ancaman bom palsu membabitkan pelepasan penerbangan tempatan di KLIA Terminal 1 pada kelmarin, telah ditahan dan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam kenyataan dilaporkan memaklumkan insiden itu dilaporkan pada 5.32 petang, sejurus sebelum waktu berlepas yang dijadualkan.

Pasukan Keselamatan Penerbangan telah mengaktifkan protokol respons yang diperlukan, menutup kawasan terbabit dan melakukan penyelarasan dengan pihak berkuasa berkaitan.

Pasukan Keselamatan Penerbangan bersama PDRM dan unit pemusnah bom telah menyelesaikan penilaian terperinci di lokasi kejadian.

MAHB memaklumkan bahawa semua penumpang berada dalam keadaan selamat sepanjang proses itu dan pesawat terbabit kemudian berlepas pukul 7.19 malam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button