JENAYAH & MAHKAMAH

Suami isteri ditahan tampal pelekat bendera Israel

SEPANG – Sepasang suami isteri ditahan kerana disyaki menampal pelekat bendera Israel sebuah premis makanan segera di Kajang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kedua-dua suspek berusia 20an itu ditahan awal pagi semalam, turut didapati positif dadah.

“Laporan berkaitan kejadian diterima pada semalam (Khamis), susulan itu siasatan segera dijalankan sehingga membawa kepada tangkapan dua suspek.

“Selain itu, turut dirampas sebuah kenderaan digunakan suspek ketika kejadian,” katanya dalam satu sidang akhbar, di sini hari ini.

Tambahnya, perbuatan itu dipercayai berkaitan dengan isu boikot ke atas beberapa perniagaan ekoran apa yang berlaku di Palestin.

Pasangan itu direman sehari dan kes disiasat di bawah 504 Kanun Keseksaan dan 457 Kanun Keseksaan.

Tambahnya, pasangan tersebut turut disiasat sama ada mempunyai kaitan dengan kes yang berlaku di Sungai Buloh dan Petaling Jaya.

Sejak 28 Mei sehingga semalam, polis Selangor menerima laporan membabitkan tujuh kes, termasuk empat kes di Sungai Buloh dan dua kes di Petaling Jaya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button