Kes tembak Komander AKPS, lima saksi beri keterangan
KUALA LUMPUR – Seramai lima saksi telah memberi keterangan bagi membantu siasatan kes tembak kereta Proton X70 dipandu Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam, Rabu lalu.
Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah, semua saksi terbabit adalah berkait rapat dengan kes ini, lapor BH Online.
“Selain itu, polis juga sedang mengenal pasti jika ada suspek terbaharu berdasarkan keterangan suspek,” katanya, hari ini.
Laporan media sebelum ini menyebut, polis menahan tujuh suspek termasuk seorang wanita warga Thailand susulan kejadian berkenaan, Rabu lalu.
Enam suspek adalah lelaki warga tempatan manakala seorang lagi suspek wanita adalah warga Thailand yang dipercayai isteri kepada salah seorang suspek lelaki yang ditahan.
Kesemua mereka berusia antara 22 hingga 52 tahun merupakan penduduk yang tinggal di kawasan perumahan berdekatan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam.
Mereka ditahan dalam serbuan Ops Tutup yang dilancarkan Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kedah.
Adzli berkata, suspek suami isteri ditahan di kawasan pemeriksaan pintu sempadan Padang Besar, Perlis pada 12.30 tengah hari kerana cuba melarikan diri ke negara jiran.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |



