BERITA SEMASA

30 unit rumah kongsi musnah dalam kebakaran di Tawau

TAWAU – Sebanyak 30 unit rumah kongsi musnah dalam kebakaran yang melibatkan tiga blok bangunan tidak kekal di Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pagi tadi.

Bagaimanapun, kejadian yang berlaku sekitar jam 9.48 pagi itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan mahupun kehilangan nyawa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sebelum menggerakkan 14 anggota bersama beberapa jentera ke lokasi.

“Pasukan bomba tiba pada jam 9.59 pagi dan mendapati kebakaran membabitkan sebuah blok rumah kongsi setingkat yang mempunyai enam unit serta dua blok rumah kongsi dua tingkat dengan keseluruhan 24 unit.

“Kesemua 30 unit rumah kongsi terbabit terbakar sepenuhnya. Setiap unit berkeluasan kira-kira 10 x 20 kaki,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran sepanjang 122 meter dengan tiga pancutan, manakala sumber air diperoleh daripada pili bomba berhampiran dan lori tangki.

“Api kemudiaannya berjaya dikawal pada jam 10.25 pagi sebelum anggota meneruskan operasi bagi memadamkan sisa bara dan memastikan kawasan kejadian selamat.

“Walau bagaimanapun, punca sebenar kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” tambahnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button