BERITA SEMASA

Latihan lontar bom tangan digantung serta-merta

KUALA LUMPUR – Semua latihan lontaran bom tangan digantung serta-merta susulan insiden di Kem Hobart, Gurun, Kedah yang meragut nyawa dua anggota tentera semalam.

Memetik laporan NST, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman berkata, penggantungan itu perlu bagi membolehkan siasatan menyeluruh dijalankan terhadap insiden berkenaan.

Beliau berkata, satu lembaga siasatan telah ditubuhkan bagi mengenal pasti punca letupan itu, selain tindakan susulan akan diambil berdasarkan hasil siasatan tersebut.

Semalam, dua anggota tentera, Koperal Norazmi Abu Bakar daripada Batalion Keenam, Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Prebet Siti Khadijah Sungip daripada Skuadron Pertama, Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) meninggal dunia ketika mengikuti Latihan Membaling Grenad dalam Latihan Peningkatan Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD), Divisyen Kedua Infantri Malaysia

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button