SPRM tahan dua individu disyaki terlibat penyelewengan, rasuah
PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua individu termasuk seorang individu bergelar Datuk yang juga bekas Pengarah Besar sebuah badan berkanun kerana disyaki terlibat dalam penyelewengan, salahguna kuasa dan rasuah dalam pelantikan syarikat pemaju bagi sebuah projek di Kuala Lumpur.
Menurut sumber, kedua-dua individu lelaki berusia dalam lingkungan 60-an dan 50-an itu ditahan kira-kira pukul 4 petang tadi ketika diminta hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM, di sini.
Tambah sumber itu lagi, kedua-dua individu tersebut juga disyaki terlibat dalam urusan penjualan tanah milik badan berkanun itu kepada syarikat yang mempunyai kepentingan dengan syarikat pemaju tanpa pengetahuan Ahli Lembaga Pengarah dan anak syarikat.
Difahamkan, kedua-dua suspek akan di bawa ke Mahkamah Majistret, di sini esok bagi mendapatkan perintah reman.
Sementar aitu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







