JENAYAH & MAHKAMAH

Kanak-kanak perempuan 2 tahun cedera diserang anjing liar dihadapan rumah

BATU PAHAT – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun cedera di hampir seluruh badannya akibat diserang sekumpulan anjing liar di hadapan rumahnya di Peserai, di sini semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, siasatan awal Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat mendapati, kejadian dipercayai berlaku pukul 7 pagi semalam.

“Kejadian dipercayai berlaku semasa mangsa berada di hadapan rumah. Dia diserang sekumpulan anjing liar di kawasan tersebut menyebabkan mangsa mengalami kecederaan hampir seluruh badan.

“Mangsa pada awalnya dibawa oleh ahli keluarga bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mangsa bagaimanapun dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru bagi pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 (Pengabaian kanak-kanak) dan Seksyen 289 Kanun Keseksaan (Kecuaian berkenaan dengan haiwan).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button