JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki ditahan bantu siasatan kematian kanak-kanak tiga tahun

KUCHING – Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kematian seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun di Kampung Rampangi, Santubong, hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu pihaknya menerima laporan daripada lelaki berusia 52 tahun, semalam mengenai kematian mangsa.

Katanya dalam laporan, pengadu mendakwa dimaklumkan oleh rakannya berhubung kematian itu pada 9.45 malam, Selasa lalu.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa dipercayai didera hingga maut,” katanya dalam kenyataan,hari ini.

Berikutan itu katanya, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching menahan lelaki berusia 32 tahun, kira-kira 11 pagi tadi di Kampung Krian, Jalan Padawan.

“Semakan mendapati suspek memiliki enam rekod lampau berkaitan jenayah dadah dan hasil ujian saringan air kencing mendapati dia positif bahan terlarang,” katanya.

Alexson berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengganggu siasatan.

“Polis mengalu-alukan sebarang maklumat daripada orang awam yang boleh membantu siasatan dan orang ramai boleh menghubungi Pusat Kawalan IPD Kuching di talian 082-244444 atau Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah, Asisten Superintendan Chris Olsen Ramlee di talian 013-8607572,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button