JENAYAH & MAHKAMAH

Polis siasat video tular lelaki tampar warga asing

KULAI – Polis sedang menyiasat satu video tular di mana lelaki dipercayai warga tempatan dirakam menampar seorang lelaki dipercayai warga India di sebuah pusat penjagaan haiwan di Bandar Indahpura, di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihaknya telah mengesan video berkenaan yang dimuat naik di X dan sudah membuka satu kertas siasatan.

“Pihak polis telah menerima laporan daripada seorang pegawai kanan polis dan siasatan awal mendapati kejadian berlaku di sebuah pusat penjagaan haiwan di Bandar Indahpura.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil bagi mengesan saksi serta suspek terlibat dalam kejadian tersebut.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak mengambil tindakan sendiri yang melanggar undang-undang serta digesa menyalurkan sebarang maklumat bagi membantu siasatan,” katanya.

Sebelum itu, satu video berdurasi dua minit 16 saat yang tular di media sosial memaparkan seorang lelaki memakai baju putih menampar lelaki yang mengenakan baju merah didakwa mencuri wang dan berlaku pertengkaran.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button