Pelakon didakwa pukul kekasih sudah dirakam keterangan
PETALING JAYA – Pelakon lelaki yang didakwa memukul kekasihnya hingga cedera dalam kejadian di Ara Damansara, baru-baru ini, sudah dirakam keterangannya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, suspek hadir untuk memberi keterangan malam tadi.
“Suspek bagaimanapun tidak ditahan selepas proses rakaman percakapan selesai.
“Kertas siasatan sedang dilengkapkan dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya, hari ini.
Laporan media semalam menyebut, polis akan memanggil pelakon lelaki terbabit dalam masa terdekat selepas menerima laporan daripada kekasihnya, 7 April lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mangsa mendakwa dipukul di muka dan badan oleh suspek menggunakan tangan.
“Siasatan mendapati mangsa pernah membuat laporan polis terhadap suspek pada tahun lalu berhubung kejadian sama, namun laporan itu ditarik balik oleh mangsa sendiri,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





