
Pelakon didakwa pukul teman wanita akan dipanggil dalam masa terdekat – Polis
SHAH ALAM – Polis akan memanggil pelakon lelaki yang didakwa memukul teman wanitanya dalam masa terdekat.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mangsa membuat laporan polis pada 7 April lalu mengenai kejadian yang didakwa berlaku di Ara Damansara itu.
“Mangsa mengalami kecederaan tisu lembut pada muka dan lengan.
“Kami akan memanggilnya (pelakon berkenaan) dalam masa terdekat.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan,” katanya, hari ini.
Tambah Hussein, rekod polis menunjukkan mangsa pernah membuat laporan mendakwa dirinya dipukul oleh suspek tahun lalu.
“Namun, mangsa kemudian menarik balik laporan tersebut,” katanya lagi.
Sebelum ini, pelakon Ammar Alfian menafikan dakwaan menyerang seorang wanita, mendakwa dirinya telah difitnah untuk merosakkan reputasinya.
Beliau memberikan kenyataan tersebut melalui Instagram Story.
Ammar, yang dikenali menerusi filem ‘Paskal’ berkata, ini bukan kali pertama dia berdepan dakwaan sebegitu.
Kenyataannya itu dibuat selepas seorang wanita mendakwa dia telah dipukul dan didera oleh pelakon tersebut sepanjang tahun lalu.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |