Siasatan ke atas Padini Holdings masih berjalan – Azam Baki
PUTRAJAYA – Seramai lapan individu ditahan bagi membantu siasatan berkenaan isu pembekuan beberapa akaun milik Padini Holdings Bhd dan anak syarikat miliknya.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan dan sudah merakam keterangan 10 individu.
“Seramai 15 lagi individu sedang dikesan bagi tujuan diambil keterangan dan kes masih dalam siasatan,” katanya dalam satu sidang media, di sini hari ini.
Laporan media sebelum ini menyebut, SPRM membekukan beberapa akaun milik Padini Holdings Bhd dan lima anak syarikat tempatan miliknya sebagai sebahagian daripada siasatan SPRM terhadap pihak rakan niaga luar.
Kebanyakan akaun dibekukan adalah di bawah Padini Corporation Sdn Bhd dengan tujuh akaun, diikuti Yee Fong Hung (Malaysia) Sdn Bhd dan Padini Dot Com Sdn Bhd dengan masing-masing empat akaun.
Padini Holdings Bhd mempunyai tiga akaun dibekukan, manakala Vincci Ladies’ Specialties Centre Sdn Bhd mempunyai dua akaun dan Seed Corporation Sdn Bhd mempunyai satu akaun.
Mengulas lanjut, Azam berkata, pembekuan aset syarikat terbabit masih diteruskan.
“Pegawai penyiasat masih mengatakan perlu dibekukan lagi aset syarikat berkenaan,” katanya lagi
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







