BERITA SEMASA

Dakwa dipukul pengiring kenamaan, lelaki OKU hadir beri keterangan di Bukit Aman

KUALA LUMPUR – Pemandu e-hailing orang kurang upaya (OKU) yang mendakwa dipukul pengawal peribadi rombongan kenamaan di lobi sebuah hotel di sini Selasa minggu lepas, hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini bagi dirakam keterangan.

Individu berkenaan dilihat tiba pada kira-kira pukul 10.45 pagi tadi, lapor portal Sinar Harian.

Hadir sama, peguam N. Surendran dan Latheefa Koya dari Lawyers For Liberty (LFL) yang mewakili mangsa.

Minggu lepas, media melaporkan seorang pemandu kenderaan e-hailing mendakwa dipukul seorang pengawal keselamatan rombongan kenamaan di lobi sebuah hotel ibu negara, dan membuat laporan polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dalam satu kenyataan berkata, individu berkenaan, yang juga OKU bagaimanapun membuat laporan polis kedua untuk menarik balik laporan yang pertama.

Susulan itu pada Jumaat, Tunku Mahkota Ismail menggesa pihak berkuasa menyiasat secara menyeluruh kejadian itu dan mahu tindakan undang-undang diambil demi memberi keadilan kepada mangsa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button