JENAYAH & MAHKAMAH

Polis kemas kini siasatan pelajar jatuh bangunan asrama

SHAH ALAM – Polis sedang mengemaskini kertas siasatan kes seorang pelajar Tingkatan Tiga yang parah selepas terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolahnya di Sabak Bernam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya sudah selesai melaksanakan siasatan di di lokasi kejadian dan memeriksa semua rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV).

“Siasatan sedang berjalan dan aktif, malah siasatan di lokasi kejadian juga sudah selesai dilakukan.

“Sekarang, polis sedang mengemaskini kertas siasatan untuk diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC),” katanya, sini hari ini.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 kerana penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak kepada bahaya.

Sementara itu, Shazeli berkata, setakat ini, mangsa masih dirawat di hospital dan tidak sedarkan diri.

“Tiada tangkapan dibuat setakat ini. Kita sudah mengambil banyak kenyataan daripada pihak yang relevan dengan siasatan termasuk rakan mangsa yang berada bersamanya ketika kejadian berlaku,” katanya.

Pada 24 Ogos lalu, seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga parah selepas terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolahnya.

Plejar itu kini sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh selepas dipindahkan dari Hospital Sabak Bernam.

Laporan media sebelum ini menyebut, lebih 12 saksi termasuk pelajar dan kakitangan sekolah, memberi keterangan.

Siasatan kes itu dijalankan dari pelbagai sudut termasuk aspek keselamatan pelajar, pengurusan asrama dan latar belakang sosial mangsa serta rakannya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button