BERITA SEMASA

Kerajaan Persekutuan, Johor perkukuh kerjasama demi kemajuan negeri

CYBERJAYA – Hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Johor akan terus diperkukuh demi kemajuan negeri itu serta kebajikan rakyatnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dibincangkan ketika beliau menghadap Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Kuala Lumpur hari ini, dalam suasana mesra dan harmoni.

Menurut Anwar, pertemuan itu memberi ruang untuk bertukar pandangan berhubung kebajikan serta kesejahteraan rakyat, khususnya di Johor.

Kata Anwar, beliau dan Tunku Mahkota Ismail turut membincangkan perkembangan semasa dan perancangan berterusan kerajaan Persekutuan dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negeri.

“Saya menghadap Duli Yang Amat Mulia, Pemangku Sultan Johor di Kuala Lumpur hari ini dalam suasana mesra dan harmoni.

“Pertemuan ini memberikan ruang yang baik untuk bertukar pandangan dan membincangkan perkara-perkara terkait kebajikan serta kesejahteraan rakyat, khususnya di negeri Johor Darul Ta’zim,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button