BERITA SEMASA

PM terima kunjungan UKEC, bincang peluang kerjasama dan isu ‘brain drain’

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menerima kunjungan Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia di United Kingdom dan Eire (UKEC) yang kini berada di tanah air sempena cuti musim panas selain mengikuti latihan amali di syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Melalui satu hantaran di Facebook, Anwar memberitahu, UKEC yang diketuai Vincent Tang mewakili lebih 16,000 pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian di United Kingdom dan Republik Ireland.

Dalam pertemuan itu, rombongan pelajar berkenaan mengemukakan cadangan peluang kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan dan UKEC, khususnya melalui Kementerian Pendidikan Tinggi bagi meneroka pelbagai bidang baharu serta mengoptimumkan dasar sedia ada.

Katanya, beliau turut mendapatkan pandangan dan cadangan daripada UKEC mengenai cara terbaik menangani isu penghijrahan tenaga mahir atau ‘brain drain’ yang telah lama menjadi cabaran negara.

“Saya menekankan bahawa semua pihak mesti memanfaatkan serta mengoptimumkan dasar dan struktur sedia ada yang telah disediakan oleh Kerajaan Persekutuan bagi mengelakkan pertindihan dasar atau struktur.

“Libat urus dan wacana juga perlu bergerak secara berterusan agar pelbagai isu dapat diselaraskan dengan lebih berkesan dan sistematik,” katanya.

Rombongan itu juga membentangkan cadangan peluang kerjasama strategik antara kerajaan dan UKEC, khususnya melalui Kementerian Pendidikan Tinggi, bagi meneroka bidang baharu serta mengoptimumkan dasar yang ada.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button