Anwar selamat tiba di tanah air
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di tanah air setelah mengadakan lawatan rasmi ke Republik Türkiye sejak 6 Januari lalu.
Sebaik tiba, Anwar berkata beliau terus ke pejabatnya bagi mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri.

“Alhamdulillah, selamat tiba ke tanah air usai lawatan rasmi di Republik Türkiye. Saya kemudiannya ke pejabat untuk mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri. Untuk Malaysia!,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Terdahulu, lawatan rasmi itu diadakan dari 6 hingga 8 Januari ini sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Turkiye yang telah lama terjalin.
Sepanjang lawatan rasmi itu, Anwar telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Recep Tayyip Erdogan dan bersama-sama mempengerusikan Majlis Kerjasama Strategik Tahap Tinggi (High-Level Strategic Council) antara kedua-dua negara.
Beliau turut ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta delegasi dari Malaysia.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








