BERITA SEMASAPMX

Tanah runtuh: Malaysia akan hantar bantuan kemanusian ke Papua New Guinea

KUALA LUMPUR – Malaysia sedia memberi bantuan kemanusiaan kepada mangsa yang terbabit dalam nahas tanah runtuh di wilayah Enga, Papua New Guinea (PNG) awal pagi semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, respons kemanusiaan terhadap tragedi yang meragut ratusan nyawa itu akan menjadi amat mencabar atas faktor geografi yang bergunung-ganang dan berceranggah selain berada di kawasan terpencil.

“Saya turut memikirkan nasib malang penduduk PNG berikutan tanah runtuh dahsyat yang meragut lebih seratus nyawa di wilayah Enga.

“Berlaku di kawasan terpencil, bergunung-ganang dan berceranggah pada awal pagi Jumaat, respons kemanusiaan terhadap tragedi ini akan menjadi amat mencabar.

“Malaysia bersedia untuk memberikan bantuan kepada saudara-saudara kita di PNG,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan kejadian tanah runtuh yang dikhuatiri melibatkan ratusan nyawa terkorban melanda Kampung Kaokalam di Wilayah Enga, kira-kira 600 kilometer ke barat laut ibu negara PNG, Port Moresby sekitar pukul 3 pagi semalam.

Setakat ini, pasukan perubatan, tentera, polis dan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah dikerahkan ke kawasan kejadian untuk menilai kerosakan dan membantu mangsa yang cedera.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Check Also
Close
Back to top button