BERITA SEMASA

Anwar, Anthony Loke akan bertemu bincang pengumuman letak jawatan

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertemu Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkenaan pengumuman beliau meletak jawatan sebagai Menteri Pengangkutan.

Anwar berkata, Anthony sudah memaklumkan perkara itu kepadanya, namun hasrat itu masih belum dibincangkan dengan lebih lanjut.

“Dia sudah maklumkan kepada saya, tetapi saya belum sempat bincang apa-apa lagi. Saya perlu dengar pandangan dia.

“Saya faham kerana dia seorang yang berprinsip dan secara konsisten bantah peraturan yang boleh memberi gambaran seolah kita lemah atau longgar terhadap rasuah, terutama apabila kita ambil tindakan yang banyak yang lain, termasuk mereka yang terlibat dalam rasuah kecil.

“Jadi, lebih baik saya jumpa dia, dengar pandangan dia dan kemudian buat keputusan,” kata Anwar selepas hadir pada Majlis Hi-Tea Reunion Perintis Reformis, di sini hari ini.

Ketika ditanya bila pertemuan itu akan diadakan, Anwar berkata beliau akan bertemu Anthony selepas pemimpin DAP itu pulang dari Shanghai, China.

Semalam, Loke mengumumkan hasrat meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan pengampunan bersyarat yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Peletakan jawatan itu hanya melibatkan Loke, manakala menteri dan timbalan menteri lain daripada DAP kekal dalam kerajaan bagi memastikan kestabilan politik terus terjamin.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button