BERITA SEMASAPMX

PM yakin institusi pondok mampu kuasai digital tanpa abai tradisi

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan keyakinan institusi pendidikan pondok mampu meneroka bidang digital termasuk kecerdasan buatan (AI) tanpa mengabaikan tradisi keilmuan Islam.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat enam wakil pondok terpilih yang terlibat dalam program Transformasi Digital Institusi Pendidikan Islam (IPI), di sini semalam.

“Saya nyatakan keyakinan kepada institusi pondok untuk meneroka bidang baharu.

“Pada masa yang sama, dapat mengekalkan tradisi turath al-Islami selain penguasaan segmen digital khususnya AI menjadi penting sekarang dalam menghadapi cabaran semasa,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menurut beliau, program rintis tersebut digerakkan hasil kerjasama antara Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Antara institusi yang terlibat sebagai perintis ialah Maahad Tarbiah Islamiah Derang di Pokok Sena Kedah; Pusat Pengajian Pondok Kandis di Bachok, Kelantan; Institut Imam Ahmad Ibni Idris (SAIFI) di Rembau, Negeri Sembilan; Pusat Pendidikan Ribath Al-Musthofa di Kuantan, Pahang; Pondok Darul Furqan di Ipoh, Perak serta Maahad Ihya Ulumiddin di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

“Moga ikhtiar ini akan membina landasan kukuh dengan asas yang kuat bagi masa hadapan pendidikan Islam di rantau ini,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button