BERITA SEMASA

Malaysia, Qatar bincang pelanggaran syarat gencatan senjata rejim Zionis

PUTRAJAYA – Malaysia dan Qatar berbincang mengenai situasi terkini di Gaza berhubung perlanggaran syarat gencatan senjata yang sengaja dilakukan oleh rejim Zionis Israel untuk melengahkan proses perdamaian yang diusahakan pelbagai pihak termasuk kerajaan Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, perbincangan itu dibuat bersama Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani selepas menerima panggilan telefon lewat malam tadi.

“Saya juga menyanjung usaha gigih yang dilakukan oleh Sheikh Mohammed dalam mencari jalan untuk menghentikan segera kekejaman rejim Zionis ke atas penduduk Gaza dan mencapai perdamaian yang berkekalan,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya hari ini.

Dalam pada itu beliau turut menegaskan komitmen berterusan Malaysia untuk tetap teguh mendokong setiap inisiatif membantu Gaza.

Katanya, ia termasuk memberi bantuan kemanusiaan di samping menamatkan penjajahan dan pendudukan Israel di bumi Gaza.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button