BERITA SEMASAPMX

Keputusan ICJ memihak Palestin: Jemaah Menteri bincang langkah kecam Israel

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Mesyuarat Jemaah Menteri akan membuat keputusan dalam tindakan Malaysia mengecam Israel, yang selari dengan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Perdana Menteri berkata, perkara itu susulan keputusan ICJ yang memutuskan bahawa aktiviti penempatan Israel di Wilayah Palestin melanggar undang-undang antarabangsa.

“Malaysia tentunya mendukung keputusan ICJ dan keputusan itu berdasarkan fakta yang jelas tentang keganasan dan kekejaman Israel yang berterusan.

“Oleh itu, kita akan meneliti cadangan dan kesan daripada tindakan keputusan ICJ itu,” katanya yang juga Menteri Kewangan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024, di Cyber Event Hall, di sini, hari ini.

Pada 19 Julai, Presiden ICJ Nawaf Salam dilapor berkata, mahkamah itu telah mengesahkan bidang kuasanya untuk mengeluarkan pendapat nasihat mengenai akibat undang-undang pendudukan Israel di Wilayah Palestin, dengan menyatakan bahawa ia mempunyai maklumat yang mencukupi mengenai perkara itu.

Dasar penempatan Israel tidak mematuhi kewajipannya di bawah undang-undang antarabangsa, kata Salam kepada mahkamah dan menurutnya aktiviti penempatan Israel yang melanggar undang-undang antarabangsa terus berkembang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button